.::KESAYANGANKU::.

22 April 2011

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian dari pemerhatian..

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud,

 
" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak" 

Riwayat Abu Daud dan Hakim

Sudah jelas dalam hadis ini menyatakan Allah tidak suka pada talak, walaupun ianya halal..kalau Allah pun dah tak suka, apetah lagi kita sebagai hambanya kan??takde sape pun yang sukekan perpisahan, perpecahan..namun kadang-kadang kita terpakse akur sekiranya hanya itu saja jalan penyelesaian yang ada...

Setakat pemerhatian saya, ramai masyarakat yang suka main-main dengan talak..lagi-lagi golongan muda..bila gaduh sikit je suami mesti akan keluarkan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan talak. Contohnya "kalau kita gaduh lagi, jatuh talak satu", "awak ni asyik bebel je, kita bercerai je la macam ni!", "kalau awak keluar rumah jugak, jatuh talak".

Talak bukanlah perkara remeh yang boleh dibuat main, talak yang dilafazkan oleh suami dengan memenuhi semua rukunnya adalah sah walaupun talak yang dibuat itu dalam keadaan bergurau. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuklah nikah, cerai dan rujuk.Apabila dilafazkan dengan jelas, maka ia akan menjadi sah.
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata,"Jauhi kemarahan kerana ia adalah suatu bala tentera dari tenteranya syaitan".
Imam al-Baqir berkata, "Sesungguhnya, kemarahan itu adalah percikan api yang dinyalakan syaitan di dada anak Adam" (Al Kafi)
Imam Jaafar as-Sadiq berkata, "Marah adalah kunci bagi setiap kejahatan" (Al Kafi)
Kesimpulannya, jagalah solat 5 waktu, hanya solat yang mampu memelihara iman kita..hanya solat yang mampu mencegah dari perkara-perkara mungkar..hanya solat yang mampu menenangkan jiwa..kalau rase marah sangat-sangat, terus ambil wudhuk dan solat 2 rakaat..InsyaAllah segala kekusutan akan hilang!!

0 2 Butterfly Comel:

.:: PRINCESS JOURNAL'S AGE ::.

Cute Grapes 2