29 Oktober 2011

MACAM-MACAM


Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Maskulin : "Lelaki bawa beca selamatkan ubi adalah ciri lelaki sejati.."

Sinar Harian : "Nenek dilanggar Beca Rempit!"

Nona: "Nenek awet muda kini tiada lagi."

Remaja : "Remaja gagal selamatkan ubi... nenek meninggal..."

Hot.fm : "Ceritakan kisah menyedihkn anda bersama nenek dah ubi..."

Sinar.fm : "Keluhan seorang penarik beca apabila nenek maut dihempap ubi.."

999 : "Dimanakah peranan pemandu beca, sehingga tergamak melanggar nenek dan ubi..."

Bersamamu: "Liku2 terakhir nenek tua bersama ubi dan beca usang..."

Aduan Rakyat : "Disebabkan sambil lewa pembeca, nenek terbunuh disamping ubinya..."

Edisi Khas : "Seorang nenek tua pon adohai, telah di langgar lari kannye pon...telah mati dtempat kejadiannye adoiiinyeee!!!!"

BANG BANG BOOM!! : "Akibat diacah2 untuk dilanggar dengan beca, nenek tua mati mengejut bersama ubi di tangan...."

Upin dan Ipin: BETUL, BETUL, BETUL........

p/s: satu kejadian dengan pelbagai tajuk~♥

5 comments:

Azhafizah MN berkata...

memang macam2 ni..cube selaraskan tajuk dan isi..kann..

The day we meet berkata...

biasala..propaganda semua tu.hehe

Aleen Aiden berkata...

kesimpulannye tajuk tu penting.keh3

izamin berkata...

satu kejadian jew... tapi mcm2 tajuk.. huhu..tersurat n tersirat tu.. kih3

H A N berkata...

Haha...sudut pandang yg beza2 kan...