.::KESAYANGANKU::.

23 October 2011

Assalamualaikum...

Solat dhuha ni bagi aku adalah antara solat sunat yang mudah...untuk suri rumah yang tak bekerja, ape kata jadikan solat dhuha ni sebagai amalan harian...sebagai santapan rohani selepas sarapan pagi dan sebelum makan tengahari...asyik bagi jasmani je makan macam-macam...sian rohani..hehehe

Yang bekerja pun boleh je buat kalau ade mase lapang...tapi kalau kerja banyak tak payah la...yang wajib perlulah didahulukan...solat dhuha ni banyak sangat kelebihan, korang boleh google sendiri...


PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali 
 


Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

2 2 Butterfly Comel:

Kathy Tuah said...

terima kasih atas info yang menarik..

diana said...

kadang2 je buat yana...
maisara pi sekolah nanti boleh la buat selalu..
insyaallah..

.:: PRINCESS JOURNAL'S AGE ::.

Cute Grapes 2