.::KESAYANGANKU::.

11 November 2011


KAJANG: Seorang pensyarah yang bercuti panjang di kampung bagi menyambut Aidiladha, ditemui mati berpelukan dengan ayahnya di dalam sebuah anak sungai berhampiran Sungai Langat di sini, petang semalam.

Rasfan, 29, serta Abu Kassim Manaf, 56, ditemui oleh seorang penduduk kampung yang datang ke sungai berkenaan untuk memancing kira-kira jam 2 petang.

Difahamkan, pada awalnya penduduk kampung terbabit mendapati sebuah penjana elektrik masih hidup di tebing sungai sedangkan tiada sesiapa di kawasan berdekatan.

Menurut penduduk yang enggan dikenali, lelaki berkenaan kemudian menutup suis penjana elektrik berkenaan sebelum kedua mayat mangsa tiba-tiba timbul dalam keadaan berpelukan.

“Berdasarkan penemuan dan keadaan mayat itu, ada kemungkinan mangsa terkena renjatan elektrik menyebabkan kedua-dua lemas. Lelaki berkenaan memaklumkan penduduk kampung sebelum menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa hanya dikeluarkan daripada sungai berkenaan kira-kira jam 5 petang. 

Allahyarham Rasfan yang baru mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, meninggalkan seorang balu serta bayi berusia dua bulan.

Penduduk itu berkata, Allahyarham bekerja sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Melaka dalam bidang seni reka dan sedang bercuti panjang sempena Aidiladha.

Menurutnya, Rasfan dikatakan beria-ria mengajak Abu Kassim untuk menangkap ikan di anak sungai itu kerana sehari sebelumnya, ayahnya menangkap banyak ikan menggunakan kaedah sama.

“Tidak sangka pula nyawa mereka dua beranak diragut di sungai berkenaan,” katanya.

Jenazah dua beranak itu disembahyangkan di Surau Taman Sri Indah, Balakong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 10 di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.


*sumber Harian Metro Online

4 2 Butterfly Comel:

Raidenovich said...

Mengaran ikan ni memang bahaya kalau tersilap langkah.

nuyui a.k.a miss YUI said...

Ya ALLAH,al-Fatihah untuk arwah..

Azhafizah[フィザ] said...

al-fatihah...takziah untuk keluarga mangsa

Anonymous said...

Rasfan was my schoolmate. A very nice and humble person. May you rest in peace.. Rasfan ..

.:: PRINCESS JOURNAL'S AGE ::.

Cute Grapes 2