Memaparkan catatan dengan label Ramadhan Mubarak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan Mubarak. Papar semua catatan

03 Ogos 2011

01 Ogos 2011

28 Julai 2011

Berakhirnya Sya'ban

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi bernafas dalam nikmat Islam dan Iman...
hari ni dah 28 Julai 2011 bersamaan 27 Sya'ban 1432 Hijrah...
maknenye ade lebih kurang 3 hari lagi kita nak berjumpa bulan Ramadhan...
cepat betul masa berlalu...


02 September 2010

Tak G Tarawih

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Alhamdulillah dah masuk 22hari kite berpuase..
Rase cepat sangat mase berlalu kan...
Kalut sane kalut sini dah berade fasa terakhir Ramadhan..

Malam ni tak g tarawih..
dah siap semua dah dengan mak..
So dalam pukul 8.30 kuar la nak g masjid..
Sekali tengok2 motor xde..
Ayah bawak g masjid..hahaha
Tergelak kitorang due..
Aku ajak mak g dgn kete mak xbrani..
Ececece...sebenarnye aku pun xbrani nak drive..
Wakakakaka..


So, masuk la balik kami due beranak ke dalam umah..
Sebab orang dah azan Isyak..
Maka jadinye kami tak g la tarawih malam ni..



22 Ogos 2010

Fasa Ke II Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua pembace...


Sedar tak sedar dah 12 hari kita berpuasa dan...Dah 13 hari kita bertarawih...Alhamdulillah masih dikurniakan umur yang panjang..Dan kesihatan yang sihat untuk terus mengabdikan diri kepadaNya..


Target setiap hari nak habeskan satu juzuk...Tapi rasenye kene cover gak ni..Lum sampai juz 12 lagi..huhu..Xpe2..InsyaAllah kalau umur panjang sempat khatam..Lagipun sekarang ni aku xbuat pape pun..


Berakhir sudah fasa I Ramadhan Mubarak, yg mane di dalamnya dikurniakan oleh Allah Rahmah kepada kita..Bermula pula Fasa II iaitu dikurniakan Allah keampunan kepada hamba yang mendambakan keampunanNYA..MashaAllah, SubhanAllah..betapa Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya Allah kepada kita..




p/s : Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan untuk bertemu Fasa ke III Ramadhan...


18 Ogos 2010

Hari Kelapan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan untuk semua...

Alhamdulillah bersyukur sangat2 kerana diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa hingga masuk hari ke8 dah, tapi tarawih tak cukup lor..selang2..huhu, terase sangat rugi tapi nak buat camne, ade perkara yang xdapat nk dielakkan...semoga Allah menganugerahkan umur yg panjang dan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah kepadaMu Ya Rabb..Amin..


Kejap je kan dah nak berakhir fasa pertama bulan Ramadhan iaitu sepuluh hari pertama..seperti mane yg kite sedia maklum Ramadhan itu ade 3 fasa, di awalnya RAHMAH, di pertengahannya KEAMPUNAN dan di akhirnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA.. MashaAllah betapa Maha Pemurah dan Penyayangnya Allah kepada hambanya..


Jom same2 kite bersaing untuk memperbanyakkan segala amalan kita agar Ramadhan kali ini tidak sia2..Allah dah kurniakan banyak bonus, rugi la kalau xnak usaha untuk rebut peluang yang ade..Alahu Rabbi, semoga Ramadhanku kali ini adalah yang terbaik dari sebelum2nya..


gandakanlah amalan dan ibadah kita kerana kita tidak tahu sama ada kita berpeluang untuk merasai Ramadhan akan datang



31 Julai 2010

Genap Sebulan

Assalamualaikum...

Hari ni 31 Julai 2010 bersamaan 19 sya'ban 1431H..
Tinggal lebih kurang 1ohari je lagi kite nak bertemu bulan mulia..
Semoga dipanjangjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik..
Untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali..
Memperbanyakkan amalan dan berusaha mengurangkan benda yg tidak berfaedah..
Setiap amalan yang dilakukan semuanya akan digandakan pahalanya..
Subhanallah betapa Maha Pemurahnya Sang Pencipta..


Hari ni jugak genap sebulan MH berada di Kuching Sarawak..
Semoga MH dikurniakan kesihatan yg baik untuk menempuhi cabaran di sana..
Training di bulan Ramadhan amatlah menguji kesabaran..
Kudoakan agar terus tabah & kuat semangat..
Raya tahun ni jugak MH terpakse beraya di sana tanpa family disisi..
Sabaq no..semua ni dugaan hidup..





28 Julai 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Assalamulaikum...

Marhaban ya Ramadhan..
Lebih kurang 13 hari lagi kita semua akan menyambut bulan yang ditunggu2 oleh semua para mu'min..bagi diri aku plak, Ramadhan tahun ini amatlah bermakna dalam hidup aku..semoga Allah mengurniakan aku umur yg panjang untuk bertemu dgn Ramadhan nanti..dan juga semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik untuk beribadah kepadaNya..


Sejak umur 13 tahun [form 1], aku dah mule berjauhan ngan parents..dah dok hostel, dan bermula sejak itu la aku tak pernah puase penuh sebulan kat rumah..so, setelah hampir 11 tahun mase berlalu, tahun ni InsyaAllah aku akan berpuase sebulan dengan mak ayah tersayang..tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya hati ini nak menanti Ramadhan kali ni..bersahur, berbuka, bertarawih dan bertadarus bersama..InsyaAllah...