**entry lama dipublish semula**
~ketika kedengaran khatib membacakan khutbah dari masjid berhampiran...
kelihatan 'pemuda-pemuda gagah' masih lagi sibuk dengan urusan masing-masing...
ade yang sibuk dok bercerita, berborak tak ingat dunia, gelak huhahuha...
ade plak yang sibuk baca paper sendirian...
ade jugak yang sibuk melayan telefon...
ade yang sibuk dengan kereta & motor...
lupakah 'pemuda-pemuda gagah' itu hari ni hari Jumaat...
pekak kah mereka kalau langsung tak dengar suara khatib membaca khutbah...
jarak masjid bukannya jauh mana sangat....
kalau aku boleh dengar, mustahil la diorang tak dengar...
tahap pendengaran sama jer...
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT
1. Islam
2. Baligh
3. Lelaki
4. Berakal
5. Berkemampuan
6. Merdeka
7. Bermukim
Kalau nak ikutkan syarat-syarat yang ditetapkan, aku yakin 100% 'pemuda-pemuda gagah' itu telah cukup ketujuh-tujuh syarat yang Islam tetapkan.
Tak pasti la dorang ni tak pergi solat langsung ataupun pergi lepas habes khutbah. Tetapi!!khutbah Jumaat adalah salah satu daripada syarat sah solat Jumaat. Tanpanya, solat Jumaat tidak sah. Jadi, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB. Kalau just pergi solat tapi tak dengar khutbah, takde beza pun dengan tak pergi langsung.huh!geram2!!!
"Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk" Hadith riwayat Abu Daud
Masjid kat Malaysia ni semuanya selesa, ade aircond n lengkap serba serbi..ape lagi alasan anda???