Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak. Papar semua catatan

18 Februari 2012

KENA MARAH


~hahaha baru lepas masukkan Mimi, Cici & Kiki dalam sangkar...
tadi diorang tumpahkan milo my sayang...
pastu ape lagi kena marah la...
hahaha padan muke dorang...


~my sayang amek hanger nak pukul...
kelam kabut lari naik atas meja depan ketiga-tiga...
pastu buat muka sedih & bersalah....
hahahahahaha penat la gelak kat dorang...
garfield dah mengiau2 takut my sayang pukul anak die betul-betul kot...


~kalau dengan aku, jangan harap dorang nak takut camtu...
aku angkat penyapu pun diorang siap lompat-lompat lagi...
ingat aku nak ajak dorang main...
kalau my sayang ade baru dorang takut sket...
hahahaha lawak la binatang pun pandai ek...


 my sayang cakap :
"hampa dok situ diam2, hampa turun satgi sakai dengan hanger ni!!"
dok la atas meja tu diam-diam sambil buat muka kesian...
hadoi la sakit perut aku asyik gelak!!!


~kesian sangat aku tengok dorang gitu...
aku pun angkat la masuk sangkar...
itupun senyap je, kalau tak jenuh nak tangkap...
masuk-masuk je terus tdo...
hahahaha memang kesian


Photobucket

25 Disember 2011

CANTIK AKHLAK VS CANTIK PARAS RUPA


~antara dua kecantikkan di atas yang mana lagi penting???
mesti ramai yang jawab cantik akhlak kan??
hehehe teringat kat seorang sahabat mase sekolah dulu...
mase tu ustaz selalu pesan 
"jangan terlalu menjaga paras rupa sampai lupa jaga akhlak..kalau cantik rupa parastapi akhlak buruk tak guna"


~sahabat aku ni cakap...
nanti kalau die nak kawen....
dia tak kisah sangat kalau perempuan tu buruk akhlak tapi jangan rupa buruk...
sebab kalau akhlak buruk kita boleh didik sebaik mungkin...
jadikan dia perempuan yang terbaik...
teruskan berdoa dan usaha untuk dia...


~TAPI!!
kalau rupa buruk tak boleh nak buat ape dah...
takkan nak buat plastic surgery kot??
hahahahaha bijak kan kawan aku tu...
kalau tak silap mase tu darjah lima kot...


~sekarang beliau dah berkahwin...
dah mempunyai seorang anak yang sangat comel...
isteri die cantik dan baik sangat-sangat MasyaAllah...
cantik rupa paras dan juga akhlaknya...
memang dia buktikan ape yang dia cakap dulu...
lawak sangat bile teringat balik....

Photobucket

31 Oktober 2011

FACEBOOK



*copy from FB Oh Lawak*

Lelaki : Weh! Tolong ajar aku buat facebook boleh tak?

Kawan : Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?

Lelaki : Dah. Aku dah ada email pun.

Kawan : Cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer.

Lelaki : Browser tu ape?

Kawan : Laa. Ko klik menu start, lepastu cari tulisan internet explorer.

Lelaki : Lepastu?

Kawan : Kat kotak paling atas, ko type "http://www.facebook.com/" pastu enter.

Lelaki : Oke! Lepastu weh?

Kawan : Kalo dah keluar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada.

Lelaki : Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.

Kawan : Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Lelaki : Paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’.

Kawan : Oh! Ko salah tulis dari awal tu.

Lelaki : Betul la aku type,www.facebook.com.

Kawan : Hmmmm, mungkin connection internet ko mati kot.

Lelaki : Eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet

Kawan : Cisss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau ko. Rupenye rumah ko takde internet.

Lelaki : Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanks ye.

Kawan : Sokey bro, email ko ape weh?

Lelaki : www.taikocai@yahoo.com...Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.

Kawan : Laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..

Lelaki : www tu ape weh?

Kawan : Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh~


27 Oktober 2011

12 Oktober 2011

5 LARANGAN DALAM TIDUR

Assalamualaikum....

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , kehkeh.

p/s : copy n paste from FB =)

09 Oktober 2011

REBONDING

Assalamualaikum...

Seorang pak imam terkejut melihat rambut anaknya yg kerinting bertukar menjadi lurus..

imam : nape dgn rambut kamu tu ?
anak : rebonding, yah..
imam : ape rebonding tu ?
anak : diluruskan yah..
imam : Oooww...

Tiba waktu solat, pak imam pergi ke masjid. Sebelum mengangkat takbir, pak imam menoleh ke belakang dan berkata "safnya tolong direbondingkan ya.."

24 Ogos 2011

OH LAWAK!

Assalamualaikum...

~walaupun dah banyak kali bace lawak ni...
tapi tetap nak gelak guling-guling jugak...
muahahahahaha...
copy from Oh! Lawak page...
http://www.emocutez.com
Di suatu pagi yang buta [sahur daa]
Mak : Alim! bangun Lim..makan sahur ni...
Alim : masih menarik selimut dan bertanya pada maknya " mak buat ho..ho..ho horlicks erk??"
Mak : ho..ho..ho HOTAK engkau!!!bangun cepat!!!!

14 Ogos 2011

OH! LAWAK

Assalamualaikum...
*copy n paste from fb Oh! Lawak*

kucing jantan : Kita berpisah !
kucing betina : Apa ?

kucing jantan : Sebenarnya awak bukan kucing betina !
kucing betina : Apa maksud awak ?

kucing jantan : Perempuan mana ada misai .
kucing betina : ....... =.=''

p/s : hahahahahaha guling2 gelak sorang2

17 Julai 2010

Jom Ketawa =)

Assalamualaikum...

Meh kite layan cite2 kat bawah...:)


Cerita 1
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak.
Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya.
Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak yg menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…



Cerita 2
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "
"Ni rumah encik Sameon ye?"

"Ya saya"
"Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Cerita 3
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik.
Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti.
Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata..
"Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…"


Cerita 4
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?

Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong...
Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain..
Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la..
Bila turn adik jer, bintang dah
abis..
Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.



Cerita 5
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.



Cerita 6
Ali melihat rakannya, Abu sedang membuat kopi..
Kemudian Abu memasukkan sebutir panadol ke dalamnya..
Dengan kehairanan Ali bertanya kepada Abu…

Ali : “Abu,kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”

Abu : “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”





p/s : ketawa juga bagus untuk kesihatan =)