09 Jun 2011

PENGADU DOMBA

Assalamualaikum...

An-namimah [mengadu domba] merupakan dosa besar dan sangat buruk akibatnya. Oleh sebab itu, setiap muslim wajib menjaga diri agar tidak bergaul dengan orang yang suka mengadu domba atau berada dalam satu majlis dengannya.
http://www.cute-smiley.com

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.
http://www.cute-smiley.com

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.
http://www.cute-smiley.com

Ketahuilah, bahawa setiap muslim diwajibkan menjauhkan diri dari semua sebab yang menimbulkan kebencian dan perbalahan di antara sesama mereka. Terutama daripada orang yang selalu mengadu domba kerana ia boleh melumpuhkan mereka. 
http://www.cute-smiley.com

Disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat Huzaifah r.a, bahawa tatkala dia mendengar rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Tidak akan masuk Syurga orang yang suka mengadu domba".  
http://www.cute-smiley.com

Pengadu domba ni biasanya depan kita berpura-pura baik, mengambil berat & manis mulut, lebih manis dari madu..ibarat pijak semut pun tak mati..tapi kat belakang kita pijak bigfoot pun mati..bercerita itu ini..haish..berubahlah wahai sang pengadu domba...jangan lupa hubungan anda dengan manusia...hablum minan nas perlu dijaga juga...
http://www.cute-smiley.com
Renung-renungkan..selamat beramal..

Sumber  : Link 1
               Link 2 
               Link 3

1 comments:

soutulmujahid.com berkata...

pengalaman pahit bersama para pengumpat. menyebabkan saya diboikot dan disisihkan. sampai sekarang sy masih berdendam dgn diorang.

perpecahan yg blaku amat teruk. kalau boleh mmg sy nak balas dendam. geram giler

kebanyakan yg buat mcm ni perempuan, mengikut pengalaman sy. knp ye?